DUNIA > BERITA

SERAMAI 1,547,295 JEMAAH HAJI TIBA BAGI MUSIM HAJI 2024

12/06/2024 04:28 PM

MAKKAH, 12 Jun (Bernama) -- Direktorat Jeneral Pasport Arab Saudi mengumumkan pada Selasa bahawa seramai 1,547,295 jemaah telah tiba di Tanah Suci bagi musim Haji tahun ini.

Angka terbabit merangkumi semua jemaah yang memasuki negara itu melalui jalan udara, darat dan laut setakat 10 Jun (Isnin), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Seramai 1,483,312 jemaah tiba melalui lapangan terbang, 59,273 jemaah tiba melalui jalan darat, dan pelabuhan laut menerima sejumlah 4,710 jemaah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan