DUNIA > BERITA

LAOS BERTINDAK LINDUNGI KANAK-KANAK DARIPADA CAMPAK DAN RUBELA MENERUSI PEMVAKSINAN

17/06/2024 04:57 PM

VIENTIANE, 17 June (Bernama-Xinhua) -- Kempen pemvaksinan campak dan rubela di seluruh Laos mencapai hasil yang baik dengan 90 peratus daripada kanak-kanak yang disasarkan berjaya divaksin. 

Kerajaan Laos menyasarkan untuk  memvaksin sekurang-kurangnya 95 peratus daripada keseluruhan kanak-kanak berumur dari sembilan bulan sehingga lima tahun bagi mengelakkan meletusnya wabak campak dan rubela di masa hadapan, menurut sebuah laporan dikeluarkan pada Isnin oleh Kementerian Kesihatan Laos.

Kanak-kanak di seluruh wilayah mempunyai akses kepada vaksin untuk meningkatkan lagi keimunan terhadap campak dan rubela di bawah dasar kerajaan.  Vaksin ini boleh diperoleh secara percuma di kesemua pusat kesihatan awam.

Pihak berkuasa melancarkan kempen kesedaran di peringkat nasional dan wilayah menerusi televisyen, radio dan liputan akhbar untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pusat pemvaksinan.

Kementerian Kesihatan Laos melancarkan kempen pemvaksinan campak dan rubela di seluruh negara pada 20 Mei lepas.  

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan