DUNIA > BERITA

RAKYAT IRAN MENGUNDI PILIH PRESIDEN BAHARU

28/06/2024 04:17 PM

TEHRAN, 28 Jun (Bernama-dpa) -- Kira-kira 61 juta pengundi di Iran pada Jumaat akan memilih presiden baharu negara itu selepas kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter, Mei lalu.

Pusat pengundian akan dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang (0430-1430 GMT), dengan kemungkinan dilanjutkan.

Hanya empat calon bertanding dalam dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 selepas dua calon konservatif menarik balik pencalonan mereka awal minggu ini.

Majlis Penjaga, sebuah badan penyelia pilihan raya konservatif sebelum ini meluluskan enam calon mengambil bahagian dalam pemilihan itu.

Menurut Agensi Berita Jerman (dpa), calon yang dilihat mempunyai peluang terbaik untuk memenangi pilihan raya ialah Saeed Jalili, bekas perunding nuklear, Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf dan bekas menteri kesihatan, Masoud Pezeshkian.

Jika tiada calon yang memperoleh majoriti mutlak, undian pusingan kedua akan diadakan pada 5 Julai.

Keputusan awal pilihan raya dijangka diumumkan pada Sabtu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan