DUNIA > BERITA

JERMAN ANGGAP PELAN AUTONOMI MAGHRIBI ASAS BAGI PENYELESAIAN SAHARA BARAT

29/06/2024 02:55 PM

BERLIN, 29 Jun (Bernama-MAP) -- Jerman menganggap pelan autonomi Maghribi sebagai "asas yang baik ke arah penyelesaian" konflik Sahara Maghribi, kata Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock pada Jumaat.

Bercakap dalam sidang media di akhir sesi pertama dialog strategik dua hala antara Maghribi dan Jerman, Baerbock menekankan kepentingan inisiatif autonomi Maghribi.

Arab Maghreb Press (MAP) melaporkan bahawa Baerbock juga mengulangi sokongannya terhadap usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencari penyelesaian politik kepada konflik Sahara.

Baerbock dan Menteri Luar Maghribi, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi, Nasser Bourita mengadakan sesi pertama dialog strategik dua hala pada Jumaat, susulan deklarasi bersama yang diterima pakai sempena lawatan Baerbock ke Maghribi pada 25 Ogos 2022.

-- BERNAMA-MAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan