DUNIA > BERITA

KENDERAAN PENYIARAN CMG UNTUK SUKAN OLIMPIK PARIS, TIBA DI BELANDA

09/07/2024 01:07 PM

ROTTERDAM, 9 Julai (Bernama-CMG) -- Kenderaan penyiaran definisi ultra tinggi 8K milik Kumpulan Media China (CMG) yang dinamakan “Merah China” berserta kenderaan sokongannya selamat tiba di sini, pada awal pagi Isnin.

Kenderaan penyiaran itu sepanjang 17 meter, selebar 2.5 meter dan beratnya 40 tan. Ia memerlukan keupayaan angkat yang tinggi di pelabuhan.

Oleh itu, pelabuhan terbesar di benua Eropah itu telah mengadakan mesyuarat khusus untuk menetapkan pelan pengangkatan berkenaan.

Setelah dipunggah dari kabin kapal, kenderaan itu akan berhenti di terminal untuk prosedur pelepasan kastam. Seterusnya, kenderaan itu akan menuju ke Paris melalui Belgium dan membuat penyiaran definisi ultra tinggi 8K mengenai pertandingan olahraga dan upacara penutup Sukan Olimpik Paris kepada penonton di seluruh dunia.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan