DUNIA > BERITA

META HAPUS SEKATAN TERHADAP AKAUN TRUMP SEBELUM PILIHAN RAYA NOVEMBER - LAPORAN

13/07/2024 05:28 PM

WASHINGTON, 13 Julai (Bernama-Anadolu) -- Syarikat induk Facebook dan Instagram, Meta dilapor akan membenarkan akses akaun bekas Presiden Donald Trump, menurut laporan yang diterbitkan pada Jumaat.

Sekatan itu dikenakan selepas larangan dua tahun yang berkaitan dengan serangan di Capitol AS oleh penyokong Trump pada 6 Jan 2021, lapor Agensi Anadolu.

Namun, jurucakap Facebook memberitahu laman sesawang berita Axios bahawa mereka membuat keputusan ini untuk memastikan keadilan antara calon-calon bertanding pada pemilihan Presiden pada November.

Sekatan ke atas akaun Trump termasuk penalti yang lebih ketat jika beliau melanggar peraturan syarikat.

"Dalam menilai tanggungjawab kami untuk membenarkan ekspresi politik, kami percaya bahawa rakyat Amerika sepatutnya dapat mendengar daripada calon-calon presiden atas dasar yang sama," kata Presiden Hal Ehwal Global Meta, Nick Clegg dalam satu kenyataan.

Larangan Meta, bersama-sama dengan syarikat media sosial lain mendorong Trump untuk membentuk rangkaian media sosialnya sendiri, Truth Social.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan