DUNIA > BERITA

ARGENTINA MENANG COPA AMERICA 2024

15/07/2024 04:33 PM

ANKARA, 15 Julai (Bernama-Anadolu) -- Argentina memenangi Copa America 2024 dengan menewaskan Colombia 1-0 menerusi gol pada masa tambahan dalam aksi final di Stadium Hard Rock di Miami pada Isnin.

Selepas terikat tanpa jaringan setelah tamat masa sebenar permainan, Lautaro Martinez meledak jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-112, lapor Agensi Anadolu.

Bagaimanapun, perlawanan itu bermula lewat lebih daripada satu jam kerana masalah keselamatan yang disebabkan oleh peminat tanpa tiket cuba memasuki stadium.

Pada perlawanan akhir kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) di Amerika Syarikat (AS), Argentina yang hanya ditewaskan dua kali dalam 61 perlawanan terakhir menamatkan rekod 28 perlawanan tanpa kalah Colombia.

Dengan kemenangan itu, Argentina meraih kejuaraan ke-16 dalam kejohanan itu, menjadikan mereka pasukan dengan kemenangan terbanyak dalam sejarah pertandingan.

Argentina sebelum ini memenangi piala berkenaan pada tahun 1921, 1925, 1927, 1929, 1937, 1941, 1945, 1946, 1947, 1955, 1957, 1959, 1991, 1993 dan 2021.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan