DUNIA > BERITA

FILIPINA CATAT 233 KEMATIAN AKIBAT DENGGI SEJAK JANUARI

16/07/2024 02:59 PM

MANILA, 16 Julai (Bernama-Xinhua) -- Filipina telah mencatatkan 233 kematian akibat denggi dari Januari hingga 29 Jun tahun ini ketika kes meningkat di tengah-tengah musim hujan, kata Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu pada Selasa.

Penolong Setiausaha Kesihatan Albert Domingo berkata DOH merekodkan 90,119 kes denggi dari Januari hingga 29 Jun, meningkat 19 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lapor Xinhua.

Domingo berkata tujuh daripada 17 wilayah di negara itu telah menunjukkan peningkatan kes denggi.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan Filipina Teodoro Herbosa menekankan keperluan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dengan membuang air bertakung dalam komuniti. 

Beliau juga menekankan kepentingan mendapatkan rawatan perubatan segera bagi gejala kerana diagnosis awal dan rawatan adalah kunci dalam menguruskan denggi.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan