DUNIA > BERITA

F1 UJI PERANTI PENYEJUK UNTUK PEMANDU

20/07/2024 08:31 PM

BUDAPEST, 20 Julai (Bernama-dpa) -- Formula Satu (F1) akan menguji sistem penyejukan untuk kokpit selepas bimbang pemandu terdedah kepada suhu melampau, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik laman sesawang motorsport.com.

Gabungan cuaca panas dan pemakaian topi keledar serta pakaian kalis api selama dua jam pada hari perlumbaan boleh menyebabkan pemandu kereta F1 tidak selesa.

Pada Grand Prix Qatar tahun lepas, pemandu mengalami suhu melebihi 30 darjah Celsius dengan kelembapan melebihi 70 peratus. Beberapa pemandu telah dibawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan selepas perlumbaan. 

Logan Sargeant yang mewakili pasukan Williams terpaksa menarik diri akibat kepanasan manakala pemandu Alpine, Esteban Ocon mendedahkan dia muntah di dalam jentera dipandunya. 

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang mentadbir telah bertindak dengan mengubah suai peraturan, menurut motorsport.com yang melihat surat rasmi berkenaan.

Pengenalan pengudaraan dalam kokpit akan menyalurkan udara sejuk kepada pemandu. Ujian akan dijalankan selepas rehat pertengahan musim yang bermula selepas Grand Prix Belgium pada 28 Julai. Grand Prix Belanda pada 25 Ogos adalah tarikh permulaan yang berpotensi.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan