DUNIA > BERITA

Angka korban di Gaza meningkat kepada 39,324 dan 90,830 cedera

28/07/2024 06:07 PM

GAZA, 28 Julai (Bernama-WAFA) -- Tentera Israel telah melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 66 warga Palestin terbunuh dan 241 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah korban warga Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 39,324 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 90,830 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau berselerakan di jalan raya di seluruh kawasan konflik, kerana pasukan tenteta Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.

-- BERNAMA-WAFA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan