DUNIA > BERITA

Olimpik Paris: Kerja Pembaikan Rel Perancis Selesai Selepas Sabotaj, Keselamatan Diperketat

29/07/2024 09:59 AM

ANKARA, 29 Julai (Bernama-Anadolu) -- Syarikat kereta api Perancis pada Ahad mengumumkan bahawa kerja-kerja pembaikan landasan kereta api yang rosak akibat kebakaran telah selesai.

SNCF, pengendali kereta api nasional mengumumkan bahawa kerja pembaikan dilakukan sepanjang dua hari lalu ekoran cubaan sabotaj yang menjejaskan laluan kereta api berkelajuan tinggi ke Paris.

Langkah keselamatan tambahan telah diambil sementara pihak berkuasa terus menjejaki dalang kejadian, lapor Agensi Anadolu.

Gangguan berlaku sebelum majlis pembukaan Sukan Olimpik pada 26 Julai.

Landasan kereta api dibakar di Pagny-sur-Moselle, Courtalain dan Croisilles di seluruh Perancis dan menjejaskan hampir 800,000 penumpang pada minggu lepas.

Percubaan membakar landasan kereta api di Vergigny berjaya digagalkan.

Olimpik, yang berlangsung sehingga 11 Ogos dijangka menarik kunjungan sekitar 16 juta pelancong dengan penyertaan 10,500 atlet.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan