DUNIA > BERITA

Rusia Puji Pendirian Malaysia Tidak Berpihak Berhubung Isu Ukraine - Lavrov

29/07/2024 01:14 PM

MOSCOW, 29 Julai (Bernama-Sputnik) -- Rusia memuji pendirian Malaysia yang tidak berpihak terhadap konflik Ukraine, kata Menteri Luar Sergey Lavrov pada Ahad.

"Kami bercakap tentang Ukraine. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan Malaysia mengenai kedudukan dan objektif mereka, hasil daripada pemahaman punca krisis ini yang telah berkembang akibat tindakan Barat untuk menarik Ukraine ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan mengubahnya," kata Lavrov pada sidang media selepas lawatannya ke Malaysia, lapor Sputnik.

Lavrov juga berkata beliau menjemput rakan sejawatannya, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan untuk melakukan lawatan ke Rusia dan menjangkakan untuk meneruskan perbincangan pada masa hadapan.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan