DUNIA > BERITA

Program Sarjana Oxford Untuk Pemenang Pingat Emas Athka Bermula Di Universiti Oxford

07/08/2024 01:52 PM

OXFORD, 7 Ogos (Bernama-SPA) -- Para pelajar Saudi yang memenangi pingat emas di Olimpik Kebangsaan bagi Pengaturcaraan dan Kecerdasan Buatan (ATHKA) memulakan penyertaan mereka dalam Program Sarjana Oxford (OSP) di Universiti Oxford, United Kingdom, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

ATHKA dianjurkan oleh Saudi Data and Artificial Intelligence Authority  (SDAIA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan King Abdulaziz and His Companions Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Sepuluh pelajar dari sekolah menengah dan tinggi akan mengikuti program latihan selama dua minggu yang memberi tumpuan kepada pengaturcaraan, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin.

Mereka akan belajar menggunakan algoritma bagi menyelesaikan masalah praktikal dan memahami implikasi etika teknologi AI.

Program ini juga merangkumi bengkel dan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran peribadi dan profesional.

Pelajar Saudi yang menyertai program OSP berumur antara 14 hingga 18 tahun, menyertai rakan sebaya mereka dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Selepas menamatkan program ini, mereka akan menerima sijil yang diiktiraf oleh Majlis Akreditasi British (BAC) dan berpeluang mendapat perakuan akademik bagi melanjutkan pengajian di satu daripada universiti paling berprestij di dunia.

Seramai 298 pelajar bertanding di peringkat akhir ATHKA.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan