DUNIA > BERITA

Nahas Helikopter Di Nepal Ragut Nyawa Juruterbang, 4 Penumpang Warga China

08/08/2024 07:56 AM

KATHMANDU, 8 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Empat penumpang warga China dan juruterbang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di Daerah Nuwakot, Wilayah Bagmati, Nepal pada petang Rabu, lapor Xinhua.

“Lima orang di dalam helikopter, termasuk juruterbang, telah terbunuh. Kami telah menemui semua mayat,” kata Jurucakap Polis Nepal, Dan Bahadur Karki kepada Xinhua.

Helikopter milik Air Dynasty Nepal  itu sedang dalam penerbangan dari Kathmandu ke Syafrubesi di Daerah Rasuwa dan terhempas di Shivapuri, Nuwakot, kata Jurucakap Polis Daerah Nuwakot, Tilak Bharati.

Helikopter yang membawa empat penumpang warga China itu terputus hubungan dengan menara kawalan di Kathmandu tiga minit selepas berlepas, menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal. Nahas berlaku pada pukul 1.54 tengah hari waktu tempatan.

Kedutaan China di Nepal mengesahkan bahawa empat warga China terbunuh dalam kejadian itu.

Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli menyatakan rasa sedih atas nahas itu.

Pada 24 Julai lepas, sebuah pesawat domestik terhempas semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, mengakibatkan 18 maut dan seorang cedera. 

--BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan