DUNIA > BERITA

Gempa Bumi 7.1 Magnitud Landa Barat Daya Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

08/08/2024 10:11 PM

TOKYO, 8 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Jepun melaporkan tsunami kecil di bahagian barat daya negara itu susulan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud yang melanda wilayah Miyazaki dan kawasan lain pada Khamis, kata agensi cuaca negara itu.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Pelabuhan Miyazaki di selatan wilayah Miyazaki dilanda ombak tsunami setinggi 50 sentimeter (cm) selepas gempa itu.

JMA berkata nasihat tsunami telah dikeluarkan untuk wilayah Miyazaki, Kochi, Ehime, Oita, Kagoshima di pulau Kyushu dan Shikoku.

Kyodo News melaporkan tiada keabnormalan ditemui di loji nuklear berhampiran kawasan gempa.

Perkhidmatan kereta api Kyushu Shinkansen dihentikan selepas gempa itu, tambah laporan itu.

Gempa bumi itu berlaku pada 4.43 petang waktu tempatan pada kedalaman 30 km dengan pusat gempa terletak di perairan Hyuga-nada di selatan Kyushu, menurut agensi cuaca.

Magnitud gempa itu kemudian disemak kepada 7.1 daripada 6.9.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan