DUNIA > BERITA

Lagi Serangan Di Gaza, Lebih 100 Rakyat Palestin Maut Dibom

10/08/2024 01:59 PM

ISTANBUL, 10 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel mengebom sekolah Al-Taba'een di kawasan Al-Daraj, timur Bandar Gaza pada awal pagi Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Sekolah berkenaan dijadikan tempat perlindungan bagi penduduk yang terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka.

Puluhan lagi dilaporkan cedera dalam serangan terbabit.

Menurut agensi berita Palestin (WAFA), serangan udara berlaku ketika para jemaah sedang menunaikan solat Subuh di sekolah berkenaan.

Sejak 7 Oktober 2023, hampir 40,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 91,700 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan