DUNIA > BERITA

Ekonomi Kemboja Diunjurkan Berkembang 6 Peratus Pada 2024

12/08/2024 10:41 PM

PHNOM PENH, 12 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Ekonomi Kemboja dijangka berkembang sebanyak 6 peratus pada 2024, turun sedikit daripada ramalan awal sebanyak 6.6 peratus, menurut laporan pertengahan tahun yang dikeluarkan pada Isnin, lapor Xinhua.

Semakan itu disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih perlahan daripada jangkaan dalam sektor utama, terutamanya pembinaan dan hartanah. Ekonomi negara itu didorong terutamanya oleh eksport pakaian, kasut dan barangan pelancongan serta pelancongan, pertanian, pembinaan dan hartanah.

Laporan itu, yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi dan Kewangan berkata sektor perindustrian, terutamanya pakaian, kasut dan barangan perjalanan serta pembinaan, diunjurkan berkembang 7.9 peratus tahun ini.

Sektor perkhidmatan terutamanya pelancongan, pengangkutan dan telekomunikasi, perdagangan dan hartanah, dijangka meningkat 5.8 peratus dan pertanian diramalkan meningkat 0.7 peratus, kata laporan itu.

Ketua Ekonomi Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) Hoe Ee Khor berkata Kemboja kekal antara negara yang mempunyai pertumbuhan terpantas di rantau ini.

"Sektor pembinaan mungkin mengalami kadar pemulihan yang lebih perlahan, dengan pertumbuhan berpotensi kurang daripada paras prapandemik disebabkan oleh kemelesetan hartanah yang berpanjangan," katanya kepada Xinhua dalam e-mel. "Peningkatan dalam pelaburan infrastruktur akan mengimbangi sebahagian kelemahan dalam sektor hartanah." 

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan