DUNIA > BERITA

India Sokong Bangladesh Yang 'demokratik Dan Stabil' - Modi

17/08/2024 01:34 PM

NEW DELHI, 17 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Perdana Menteri India, Narendra Modi menyatakan sokongan kepada Bangladesh yang "demokratik dan stabil" pada Jumaat.

Agensi Anadolu melaporkan Modi membuat kenyataan itu semasa menerima panggilan telefon daripada ketua kerajaan sementara Bangladesh, Muhammad Yunus.

Ini adalah kali pertama kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan sejak Yunus mengangkat sumpah pada 8 Ogos, tiga hari selepas kejatuhan kerajaan Sheikh Hasina.

Hasina melarikan diri ke New Delhi selepas protes selama sebulan terhadap pemerintahannya berkenaan sistem kuota pekerjaan awam.

Kira-kira 580 orang dilaporkan terbunuh dalam protes di Bangladesh sejak 16 Julai.

“Berkongsi pandangan mengenai situasi semasa dengan Yunus.

“Menegaskan sokongan India terhadap Bangladesh yang demokratik, stabil, aman dan progresif.

“Beliau (Yunus) memberi jaminan perlindungan, keselamatan dan keamanan kepada penganut Hindu dan semua golongan minoriti di Bangladesh,” kata Modi di platform X.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan