DUNIA > BERITA

Pengasas Telegram Ditahan Di Perancis

25/08/2024 10:38 AM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama-dpa) -- Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis pada petang Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

Jutawan Rusia itu dilaporkan tiba di Perancis melalui Lapangan Terbang Le Bourget dari Azerbaijan sebelum ditahan pihak polis.

Penyiar rangkaian televisyen komersial Perancis (TF1) dan rangkaian penyiaran berita televisyen dan radio BFMTV, memetik sumber berkata Durov ditahan di bawah waran berkaitan kesalahan yang melibatkan aplikasi mesej popular berkenaan.

Siasatan awal mungkin dimulakan seawal Ahad, menurut laporan TF1.

Durov, yang juga pengasas platform media sosial Rusia VKontakte, mencipta Telegram bersama saudaranya, Nikolai.

Telegram merupakan antara rangkaian dalam talian terpenting di Rusia dan digunakan oleh pihak berkuasa serta ahli politik untuk berkomunikasi.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan