DUNIA > BERITA

Korea Selatan Rekod 11 Kes Mpox

26/08/2024 01:39 PM

SEJONG, 26 Ogos (Bernama-Yonhap) -- Sebanyak 11 kes mpox dilaporkan di Korea Selatan setakat ini, namun semua kes yang dikesan merupakan varian Clade II yang kurang berbahaya, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa kesihatan.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Isnin memaklumkan bahawa pihaknya mempertingkatkan saringan di sempadan untuk menghadapi kemungkinan kemunculan varian baharu yang lebih berbahaya.

Korea Selatan melaporkan 151 kes mpox pada tahun lalu.

Kebanyakan pesakit adalah lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun di kawasan metropolitan Seoul.

“Memandangkan mpox adalah penyakit yang boleh dicegah dan dirawat, kami percaya bahawa wabak ini boleh dikendalikan dengan stabil di bawah sistem semasa,” menurut KDCA.

Awal bulan ini, KDCA memutuskan untuk menetapkan semula mpox sebagai penyakit berjangkit yang tertakluk kepada pemeriksaan sempadan.

Pelancong yang tiba dari lapan negara Afrika iaitu Rwanda, Burundi, Uganda, Ethiopia, Republik Afrika Tengah, Kenya, Congo dan Republik Congo dikehendaki melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengalami gejala yang berkaitan dengan mpox seperti demam, sakit otot dan pembengkakan kelenjar limfa.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan