DUNIA > BERITA

Keuntungan Operasi LG Electronics Susut Dua Digit Pada Suku Ketiga

09/10/2024 10:14 AM

SEOUL, 8 Okt (Bernama-Xinhua) -- Gergasi teknologi Korea Selatan, LG Electronics, mencatatkan penurunan keuntungan operasi dua digit pada suku ketiga berikutan kos logistik dan pemasaran yang lebih tinggi, kata syarikat itu pada Selasa, lapor Xinhua.

Keuntungan operasi awal turun 20.9 peratus daripada setahun sebelumnya kepada 751.1 bilion won (US$556.8 juta) dalam tempoh Julai-September, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sekitar 970 bilion won (US$719.1 juta).

Pengurangan dua digit itu disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan pemasaran dan kenaikan kadar tambang laut.

Pendapatan awal meningkat 10.7 peratus kepada 22.18 trilion won (US$16.4 bilion) dalam suku yang sama, meneruskan pertumbuhan untuk empat suku berturut-turut.

Peningkatan pendapatan itu dikaitkan dengan usaha syarikat untuk menaik taraf portfolio perniagaan melalui perubahan dalam model perniagaan dan pengukuhan operasi perniagaan-ke-perniagaan.

Pendapatan bersih dan butiran terperinci bagi setiap unit perniagaan akan diumumkan akhir bulan ini.

--BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan