DUNIA > BERITA

Thailand Destinasi Pilihan Pelancong China Sepanjang Cuti Hari Kebangsaan

09/10/2024 02:43 PM

BEIJING, 9 Okt (Bernama-CMG) -- Statistik terkini Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand pada Selasa, menunjukkan jumlah pelancong antarabangsa yang melawat Thailand dari 30 Sept hingga 6 Okt menyaksikan peningkatan 7.8 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Peningkatan ini terutamanya disebabkan lonjakan ketara kedatangan pelancong  negara Tembok Besar itu semasa cuti Hari Kebangsaan China.

Dalam tempoh seminggu itu, lebih 160,000 pelancong China melawat Thailand, meningkat 33.9 peratus, diikuti Malaysia, India, Korea Selatan dan Laos.

Menurut data terkini pihak berkuasa Thailand pula, negara itu menerima sejumlah 26.64 juta pelancong antarabangsa dari 1 Jan hingga 6 Okt lepas, antaranya jumlah pelancong China menduduki tangga teratas dengan hampir 5.39 juta orang, diikuti Malaysia, India, Korea Selatan dan Rusia.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan