DUNIA > BERITA

Mesin Basuh Terkecil Di Dunia Atasi Saiz Mainan Digital Tamagotchi

15/10/2024 01:25 PM

WASHINGTON, 15 Okt (Bernama-UPI) -- Seorang lelaki dari India mempamerkan kemahiran kejuruteraan miniaturnya dengan mencipta mesin basuh terkecil di dunia yang berukuran hanya 1.28 inci panjang, 1.32 inci lebar, dan 1.52 inci tinggi.

Menurut United Press International (UPI), Guinness World Records mengesahkan bahawa mesin basuh hasil ciptaan Sebin Saji, yang lebih kecil daripada mainan haiwan peliharaan digital Tamagotchi, kini memegang gelaran sebagai mesin basuh terkecil di dunia.

Bagi memenuhi syarat rekod, Saji perlu membuktikan bahawa mesin basuhnya berfungsi dengan baik dan mampu menjalankan kitaran penuh - mencuci, membilas, dan mengeringkan.

Mesin basuh itu, yang diukur menggunakan angkup digital khas, hanya seberat 0.88 auns – melebihi berat dua biskut Oreo.

-- BERNAMA-UPI

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan