DUNIA > BERITA

KSrelief Hantar Pesawat Bantuan Kedua Ke Lubnan

15/10/2024 01:51 PM

RIYADH, 15 Okt (Bernama-SPA) -- Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) pada Isnin menghantar pesawat bantuan kedua ke Lubnan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa pesawat terbabit membawa bekalan penting seperti makanan, bantuan perubatan dan barangan perlindungan bagi membantu rakyat Lubnan yang terjejas akibat krisis yang sedang melanda.

Inisiatif kemanusiaan ini adalah selaras dengan perintah Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota serta Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Bantuan daripada Kerajaan Arab Saudi kepada Lubnan bertujuan untuk meringankan penderitaan rakyat yang terkesan akibat situasi semasa dan mencerminkan komitmen Kerajaan mendukung prinsip-prinsip kemanusiaan.

-- BERNAMA-SPA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan