DUNIA > BERITA

Canton Fair Ke-136 Tarik Penyertaan Lebih 30,000 Pempamer

16/10/2024 02:51 PM

GUANGZHOU, 16 Okt (Bernama-CMG) -- Pameran Import dan Eksport China atau 'Canton Fair' edisi ke-136 membuka tirainya di bandar Guangzhou pada Selasa.

Canton Fair kali ini menyediakan ruang pameran seluas 1.55 juta meter persegi dengan penyertaan lebih 30,000 syarikat pempamer, termasuk hampir 4,600 pempamer baharu melibatkan sektor tenaga baharu, teknologi digital, pembuatan pintar dan sebagainya.

Sebanyak 1.15 juta produk baharu dipertontonkan sempena pameran berprestij itu, antaranya produk pintar dan digital meningkat tiga kali ganda berbanding edisi sebelumnya dan mencuri tumpuan pembeli antarabangsa.

Di zon pameran kehidupan pintar, sebilangan produk teknologi canggih seperti robot manusia, peralatan pintar dan kenderaan tanpa pemandu membuat penampilan pertama.

Selain itu, alatan rumah dan produk elektronik juga merupakan antara produk yang menarik minat ramai pembeli.

--BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan