DUNIA > BERITA

Iran Pilih Keamanan Tetapi Sedia Untuk Sebarang Senario - Menteri Luar

19/10/2024 11:54 PM

ISTANBUL, 19 Okt (Bernama-Anadolu) -- Iran memilih untuk keamanan tetapi ia juga bersedia menghadapi sebarang senario, kata Menteri Luar Abbas Araghchi pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

"Perluasan konflik di rantau ini adalah ancaman serius; kami menyokong keamanan, tetapi kami juga bersedia untuk sebarang senario," katanya dalam sidang media dengan rakan sejawatannya dari Turkiye, Hakan Fidan di Istanbul.

Walaupun bantahan antarabangsa dan usaha untuk menamatkan konflik, Israel meneruskan serangan udara dan darat di Lubnan dan Gaza.

Awal bulan ini, Iran melancarkan peluru berpandu ke Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Ketua Hamas Ismail Haniyeh dan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berikrar bahawa Iran akan "membayar" untuk serangan itu dan dilaporkan masih mempertimbangkan cara untuk bertindak balas.

Araghchi berkata Israel cuba menyalakan api konflik di rantau ini dengan serangan di Gaza dan Lubnan.

"Rejim Israel tidak mengenal batas dalam jenayah perangnya. Kami menyokong gencatan senjata kekal dan segera di Gaza dan Lubnan."

Beliau turut memuji pendirian Turkiye "dalam menyokong rakyat Palestin dan menentang jenayah Israel."

Araghchi sedang dalam lawatan dua hari ke Turkiye yang bermula pada Jumaat.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan