DUNIA > BERITA

Tragedi Helikopter Terhempas Di Houston, Beberapa Mangsa Termasuk Kanak-kanak Terkorban

21/10/2024 05:38 PM

WASHINGTON, 22 Okt (Bernama-UPI) -- Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad, lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan pihak berkuasa.

Kejadian berlaku sekitar 8 malam waktu tempatan berhampiran persimpangan Engelke Street dan North Ennis Street di Houston.

Datuk Bandar John Whitmire dalam sidang media memaklumkan bahawa insiden itu disaksikan oleh anggota bomba tempatan yang segera bergegas ke lokasi kejadian.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa terdapat empat individu di dalam pesawat itu, namun tidak memberikan angka korban yang tepat dan hanya mengesahkan beberapa orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak.

-- BERNAMA-UPI

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan