DUNIA > BERITA

Buku Shakespeare Dikembalikan Ke Perpustakaan New Jersey Selepas 100 Tahun

23/10/2024 12:52 PM

WASHINGTON, 22 Okt (Bernama-UPI) -- Naskhah William Shakespeare Life of King Henry the Fifth dikembalikan ke Perpustakaan Awam New Jersey selepas 101 tahun dipinjam.

Menurut laporan United Press International (UPI), pegawai di Perpustakaan Awam Paterson berkata Cynthia Delhaie menemukan buku itu ketika mengemas barangan milik arwah neneknya, Arlene Delhaie dan menyedari bahawa buku itu dipinjam pada 1923.

Delhaie kemudian menghubungi perpustakaan dan membuat persiapan untuk memulangkan buku itu.

“Ini kali pertama saya menemui situasi seperti ini sejak lebih 20 tahun bekerja.

“Tidak pernah terlambat untuk memulangkan bahan perpustakaan,” kata Corey Fleming, pengarah Perpustakaan Awam Paterson kepada TAPinto Paterson.

Pustakawan menyatakan naskhah cetakan 1910 itu mempunyai edisi terhad dan amat dihargai oleh pengumpul buku.

Namun, buku ini tidak terlalu lewat jika dibandingkan dengan satu lagi buku yang dipulangkan ke Perpustakaan Poudre di Colorado awal tahun ini.

Pegawai mendedahkan bahawa naskhah Ivanhoe oleh Sir Walter Scott dikembalikan 105 tahun selepas tarikh pemulangannya: 13 Feb 1919.

Seperti kata-kata Shakespeare, "Better three hours too soon than a minute too late," dalam The Merry Wives of Windsor, namun kita diingatkan bahawa bagi perpustakaan, bahkan lewat seratus tahun pun masih diterima!

-- BERNAMA-UPI

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan