DUNIA > BERITA

Warga Asing Ditahan Seludup Dadah Di Indonesia

23/10/2024 05:55 PM

JAKARTA, 23 Okt (Bernama-Xinhua) -- Polis di Jakarta, Indonesia menahan seorang warga asing kerana didakwa menyeludup lebih empat kilogram dadah jenis methamphetamine, lapor Xinhua.

Suspek, seorang warga Iran berusia 43 tahun, ditahan dengan 4.4 kg dadah yang disembunyikan di dalam dua barangan seramik di sebuah hotel di kawasan Penjaringan, utara Jakarta pada petang Selasa.

Ketua Penyiasatan Narkotik Polis Jakarta, Donald Parlaungan Simanjuntak berkata pada Rabu penyiasat menerima maklumat awal mengenai dadah yang diseludup di dalam seramik yang dihantar dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu, ke Jakarta. Pegawai kemudian menjejaki penerima bungkusan itu, yang membawa kepada penahanan suspek.

Di bawah undang-undang dadah Indonesia, individu yang terbabit dalam jenayah berkaitan dadah berdepan hukuman berat, daripada hukuman penjara lima tahun hingga hukuman mati.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan