DUNIA > BERITA

PBB Gesa Siasatan Terhadap Serangan Israel Berhampiran Hospital Di Beirut

23/10/2024 06:24 PM

NEW YORK, 23 Okt (Bernama-IRNA) -- Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa siasatan segera dilakukan terhadap serangan rejim Israel berhampiran sebuah hospital di Beirut, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Volker Turk pada Selasa berkata beliau "ngeri" dengan serangan ke atas sebuah hospital di selatan Beirut pada Isnin dan menggesa agar "siasatan segera dan lengkap" dilakukan berhubung insiden itu. 

"Saya berasa ngeri dengan serangan Israel berhampiran Hospital Universiti Rafiq Hariri di kawasan perumahan padat penduduk di Beirut, yang dilaporkan menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh, termasuk empat kanak-kanak dan mencederakan 60 yang lain," kata pegawai PBB itu dalam satu kenyataan.

Turk menegaskan kepatuhan kepada prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa berkenaan perlindungan orang awam.

Pada Isnin malam, rejim Zionis sekali lagi mengumumkan permulaan serangan besar-besaran terhadap orang awam di selatan Beirut, yang dibedil berulang kali.

Pesawat perang Zionis terus menyasarkan kawasan kediaman, yang menurut Kementerian Kesihatan Lubnan telah menyebabkan ratusan orang terbunuh dan ribuan yang lain cedera.

-- BERNAMA-IRNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan