DUNIA > BERITA

Serangan Pengganas Sasar Kemudahan Turkish Aerospace Industries Di Ibu Negara Turkiye

23/10/2024 11:53 PM

ANKARA, 23 Okt (Bernama-Anadolu) -- Satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Turkiye, Ankara, kata seorang pegawai kanan Turkiye pada Rabu.

Serangan itu mengakibatkan kematian dan kecederaan, menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya di platform X, memetik laporan Agensi Anadolu.

Beliau menyeru orang awam supaya bergantung kepada kenyataan daripada sumber rasmi untuk perkembangan terkini.

Turut disiarkan di platform X, Pusat Memerangi Disinformasi Turkiye menggesa orang ramai untuk mengikuti kenyataan daripada sumber rasmi dan mengelakkan tuduhan "tidak berasas."

Letupan dan bunyi tembakan kedengaran di kemudahan Turkish Aerospace Industries di daerah Kahramankazan, Ankara pada Rabu.

Pasukan keselamatan, bomba dan paramedik dikerahkan ke kawasan kejadian.

Dilaporkan bahawa kakitangan firma pertahanan itu diarahkan ke tempat perlindungan atas sebab keselamatan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan