DUNIA > BERITA

Manchester United Pecat Ten Hag

28/10/2024 11:28 PM

LONDON, 28 Okt (Bernama-PA Media/dpa) -- Manchester United memecat pengurus Erik ten Hag selepas permulaan musim yang mengecewakan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

United tewas buat kali keempat dalam Liga Perdana Inggeris musim ini pada Ahad dengan West Ham United.

Kenyataan kelab itu berbunyi: "Erik ten Hag telah melepaskan  jawatannya sebagai pengurus pasukan utama lelaki Manchester United.

"Erik dilantik pada April 2022 dan telah memimpin kelab ini untuk memenangi dua trofi domestik, termasuk Piala Liga pada 2023 dan Piala FA pada 2024.

"Kami berterima kasih kepada Erik atas segala usahanya semasa bersama kami dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depannya.

"Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara, disokong oleh pasukan kejurulatihan semasa, manakala ketua jurulatih tetap direkrut."

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan