DUNIA > BERITA

Harris Dahului Di Iowa Yang Dimenangi Trump Pada 2016, 2020 – Tinjauan

03/11/2024 07:30 PM

MOSCOW, 3 Nov (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon Parti Demokrat dalam pilihan raya akan datang Kamala Harris, mendahului pesaingnya daripada Parti Republikan dan bekas ketua Rumah Putih Donald Trump di negeri Iowa yang dimenangi Trump dua kali dalam pemilihan sebelum ini.

Bagaimanapun, kelebihan itu berada dalam margin kesilapan — sebanyak tiga mata peratusan, menurut tinjauan terbaru oleh Des Moines Register dan Mediacom, lapor Sputnik//RIA Novosti

Menurut keputusan tinjauan itu, Harris disokong oleh 47 peratus responden manakala Trump disokong oleh 44 peratus.

Trump memenangi Iowa dua kali: pada 2016, ketika beliau bertanding untuk jawatan presiden menentang Hillary Clinton, dan pada 2020, apabila pesaingnya ialah penyandang Presiden Joe Biden.

Tinjauan itu dijalankan dari 28 hingga 31 Okt melibatkan 808 pengundi yang berkemungkinan. Margin kesilapan ialah 3.4 mata peratusan.

Pilihan raya presiden AS akan diadakan pada 5 Nov.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan