CHISINAU, 4 Nov (Bernama-dpa) -- Presiden Moldova Maia Sandu sedang mendahului pilihan raya presiden negara itu, menurut suruhanjaya pilihan raya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dengan lebih 98 peratus undi dikira dalam pilihan raya pusingan kedua untuk jawatan presiden, Sandu memperoleh kira-kira 54 peratus undi, menurut keputusan awal daripada suruhanjaya itu.
Pencabar Sandu, bekas peguam negara Alexandr Stoianoglo yang dianggap calon pro-Rusia, meraih kira-kira 45 peratus undi.
Dengan lebih 54 peratus, peratusan keluar mengundi adalah lebih tinggi berbanding pusingan pertama pengundian pada 20 Okt.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial