DUNIA > BERITA

Lebih 295,000 Keluarga Di Filipina Terjejas Akibat Tiga Taufan Kuat

18/11/2024 06:41 PM

MANILA, 18 Nov (Bernama-PNA) -- Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) yang memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC).

Dalam kemas kini pada 8 pagi Isnin, NDRRMC memaklumkan  mereka yang terjejas akibat Taufan Nika (Toraji), Ofel (Usagi) dan Pepito (Man-yi) tinggal di 3,358 barangay di enam wilayah.

Keluarga itu mewakili seramai 1,145,942 orang dari Wilayah 1, 2 dan 3, Mimaropa, Wilayah 5, dan Wilayah Pentadbiran Cordillera (CAR).

Masih tiada laporan kematian setakat ini, tambahnya.

Setakat ini, 104,830 keluarga atau 446,177 orang sedang dibantu di 2,717 pusat pemindahan manakala 66,681 keluarga atau 238,894 individu sedang dibantu di luar (pusat pemindahan).

Sementara itu, jumlah rumah yang dilaporkan rosak akibat tiga taufan itu adalah sebanyak 7,838 dan kerosakan ini direkodkan di Wilayah 1, 2, 3, dan CAR.

Daripada jumlah itu, 7,401 rumah diklasifikasikan sebagai "rosak sebahagian" manakala 437 lagi dilabelkan sebagai "musnah".

Kerugian dalam sektor pertanian dianggarkan bernilai 8,640,199.46 peso Filipina (PHP) dan kerosakan ini direkodkan di Wilayah 1 dan 3.

Sementara itu, kerosakan infrastruktur dianggarkan bernilai PHP469,847,274.36, yang berlaku di Wilayah 2, 3 dan CAR. 

-- BERNAMA-PNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan