DUNIA > BERITA

Matlamat Pembangunan Sosioekonomi China 2024 Mampu Dicapai

17/12/2024 02:59 PM

BEIJING, 17 Dis (Bernama-CMG) -- Matlamat pembangunan sosioekonomi China bagi 2024 dijangka mampu dicapai susulan petunjuk ekonomi utama terus pulih dan keyakinan masyarakat makin meningkat, menurut Biro Statistik Negara (NBS) pada Isnin.

Jurucakap NBS Fu Linghui berkata petunjuk ekonomi utama pada suku keempat tahun ini dilihat jauh lebih baik berbanding suku ketiga dan momentum pemulihan ekonomi kekal kukuh.

Meninjau prestasi ekonomi bagi Oktober dan November secara keseluruhannya, pertumbuhan nilai tambah industri berskala besar, indeks pengeluaran sektor perkhidmatan dan jualan runcit barangan pengguna masing-masing menokok 0.4, 1.4 dan 1.2 mata peratusan berbanding suku tahun ketiga.

Khususnya bagi November, nilai tambah sektor pembuatan meningkat sebanyak 6 peratus, iaitu 0.6 mata peratusan lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.

Pada masa sama, kuasa produktif kualiti baharu berkembang mantap dengan jangkaan serta keyakinan pasaran terus bertambah baik. 

Perubahan positif seumpama akan membantu merangsang perbelanjaan, merancakkan pelaburan dan melonjakkan semula ekonomi negara.

Menurut Fu meskipun wujud banyak kesulitan dan cabaran sejak awal tahun ini, namun ekonomi China mempunyai asas yang kukuh, kelebihan yang banyak, daya tahan yang kuat serta potensi yang besar. 

Beliau berkata syarat sokongan serta trend perkembangan ekonomi China ke arah yang baik dalam jangka panjang kekal tidak berubah.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan