DUNIA > BERITA

Tren Kargo China-Eropah Pertama Tahun Baharu 2025 Bertolak Dari Xinjiang

02/01/2025 02:22 PM

BEIJING, 2 Jan (Bernama-CMG) -- Tren kargo China-Eropah pertama bagi tahun 2025 bertolak dari pintu keluar masuk Alashankou, wilayah Xinjiang di barat laut China menuju ke Poland, pada 12.20 tengah malam 1 Januari.

Pintu keluar masuk Alashankou telah menawarkan perkhidmatan jaminan dan sokongan yang mantap kepada operasi tren kargo China-Eropah sepanjang 2024. Masa berhenti tren juga dikurangkan manakala kecekapan pemuatan dan pemunggahan barangan terus ditingkatkan.

Sehingga kini, perkhidmatan tren kargo China-Eropah yang melalui Alashankou melibatkan 123 laluan, menghubungkan 21 negara dan wilayah di Eurasia, termasuk Jerman dan Poland.

Dalam pada itu, penghantaran barangan dalam pelbagai jenis turut memberikan momentum baharu kepada perdagangan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan