DUNIA > BERITA

Namibia, China Ikrar Perkasa Kerjasama Saling Untung

07/01/2025 01:28 PM

WINDHOEK, 7 Jan (Bernama-CMG) -- Presiden terpilih Namibia Netumbo Nandi-Ndaitwah bertemu ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi di Windhoek, ibu negara Namibia pada Isnin.

Wang yang juga Menteri Luar berkata amalan diplomat tertinggi China memilih Afrika sebagai destinasi lawatan pertama sempena tahun baharu merupakan tradisi yang sudah dilakukan selama 35 tahun berturut-turut.

Beliau menyatakan kesediaan China bekerjasama dengan Namibia untuk memperdalam kesalingpercayaan politik, mengukuhkan pertukaran antara parti dan berkongsi pengalaman tadbir urus negara bagi meningkatkan persefahaman antara satu sama lain dan memberikan panduan kepada hubungan dua hala.

China terus komited untuk menyokong pembangunan ekonomi Namibia dan membantu negara itu mengubah kelebihan sumbernya kepada momentum pembangunan serta faedah dikecapi rakyat sambil bersama-sama memajukan proses pemodenan masing-masing, kata Wang.

Sementara itu, Ndaitwah berkata pihaknya sudi memperkasa kerajsama dengan China membabitkan perdagangan, pendidikan, pertanian, infrastruktur dan sumber tenaga sehingga menjana peluang baharu kepada pembangunan sosioekonomi Namibia serta memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan