DUNIA > BERITA

Jeju Air Kurangkan 188 Penerbangan Dari Busan

07/01/2025 01:40 PM

SEOUL, 7 Jan (Bernama-Yonhap) -- Jeju Air Co pada Selasa merancang untuk mengurangkan 188 penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Busan pada suku pertama tahun ini.

Menurut syarikat penerbangan tambang rendah yang terpalit kontroversi selepas nahas pesawat yang meragut 179 nyawa baru-baru ini, pelan pengurangan operasi akan dimuktamadkan minggu ini.

Agensi Berita Yonhap melaporkan, susulan tragedi yang berlaku pada 29 Dis, Jeju Air mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan sebanyak 10-15 peratus menjelang Mac sebagai langkah meningkatkan keselamatan operasi.

Menurut syarikat itu, penerbangan dari Busan, bandar pelabuhan di tenggara Korea Selatan ke Clark, Filipina, dibatalkan dari 22 Jan hingga 30 Mac, melibatkan pengurangan 78 penerbangan.

Selain itu, penerbangan dari Busan ke Kaohsiung, Taiwan dibatalkan dari 3 Feb hingga 29 Mac, melibatkan pengurangan 110 penerbangan.

Pelan pengurangan keseluruhan untuk tempoh Januari-Mac, termasuk langkah mengurangkan penerbangan bagi laluan dari Incheon, pintu masuk utama negara dengan jumlah operasi tertinggi, dijangka dimuktamadkan minggu ini.

Menurut pemerhati industri, pengurangan keseluruhan dijangka mencecah kira-kira 1,900 penerbangan pada suku berkenaan.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan