DUNIA > BERITA

Kematian Pertama Akibat Selesema Burung Dilaporkan Di AS

07/01/2025 07:13 PM

LOS ANGELES, 7 Jan (Bernama-Xinhua) -- Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.

Jabatan Kesihatan Louisiana dalam satu kenyataan media mengesahkan bahawa pesakit itu dimasukkan ke hospital dengan kes pertama jangkitan selesema burung yang sangat patogenik membabitkan manusia.

Menurut jabatan itu, pesakit berusia lebih 65 tahun dan dilaporkan mempunyai masalah kesihatan sedia ada. Pesakit dijangkiti H5N1 selepas terdedah kepada kawanan unggas di kawasan belakang rumah dan burung liar.

Jabatan itu menyatakan bahawa pesakit itu kekal sebagai satu-satunya kes H5N1 membabitkan manusia di negeri tenggara AS berkenaan dan siasatan kesihatan awam secara meluas jabatan itu tidak menemukan kes H5N1 tambahan mahupun bukti penularan daripada manusia ke manusia.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan