DUNIA > BERITA

China Lancar Satelit Ujian Isi Bahan Api Di Orbit

07/01/2025 03:03 PM

XICHANG (China), 7 Jan (Bernama-CMG) -- China berjaya melancarkan satelit ujian Shijian-25 ke angkasa lepas menggunakan roket pembawa Long March-3B pada Selasa.

Satelit berkenaan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di provinsi Sichuan pada 4 pagi dan berjaya memasuki orbit yang disasarkan.

Kejayaan itu menandakan satu permulaan yang baik bagi misi pelancaran angkasa lepas China pada 2025.

Satelit Shijian-25 berfungsi untuk menentusahkan teknologi pengisian bahan api dan perkhidmatan pelanjutan tempoh jangka hayat satelit, manakala roket pembawa Long March-3B digunakan terutamanya untuk melancarkan kapal angkasa orbit tinggi.

Long March-3B merupakan roket pembawa pertama China yang berjaya menyempurnakan sebanyak 100 kali misi pelancaran dan ia pernah terlibat dalam projek eksplorasi bulan dan sistem satelit pandu arah Beidou (BDS).

Menurut rancangan, Long March-3B akan menyelesaikan lebih sepuluh kali misi pelancaran angkasa lepas termasuk eksplorasi asteroid pada tahun ini.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan