DUNIA > BERITA

1,211 Gempa Susulan Dikesan Selepas Gempa Bumi Berukuran 6.8 Magnitud Xizang

09/01/2025 09:36 PM

LHASA, 9 Jan (Bernama-Xinhua) -- Sebanyak 1,211 gempa susulan dikesan setakat 3 petang Khamis selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggegarkan Daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China pada Selasa, kata pihak berkuasa tempatan, menurut Xinhua.

Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud, menurut biro gempa bumi wilayah itu. Biro itu juga menyatakan bahawa 33 daripada gempa susulan mempunyai magnitud melebihi 3.

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda Daerah Dingri di bandar Xigaze pada 9.05 pagi Selasa, menyebabkan 126 orang maut dan 188 yang lain cedera manakala 407 individu yang terperangkap diselamatkan.  

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan