DUNIA > BERITA

Jumlah Import Eksport Komoditi China 2024 Meningkat 5 Peratus Tahun Ke Tahun

13/01/2025 03:02 PM

BEIJING 13 Jan (Bernama-CMG) -- Jumlah import eksport komoditi China menyaksikan peningkatan lima peratus pada 2024 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dengan mencecah RMB43.85 trilion (RM26.98 trilion) yang merupakan rekod baharu dalam sejarah.

Data rasmi daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GAC) pada Isnin menunjukkan eksport meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RMB 25.45 trilion (RM15.66 trilion), mengekalkan pertumbuhan selama lapan tahun berturut-turut manakala import pula berkembang 2.3 peratus dengan menokok RMB18.39 trilion (RM11.31 trilion).

Dasar rangsangan dan insentif baharu yang diperkenalkan oleh China pada 26 September 2024, memainkan peranan penting dalam mendorong perdagangan luar pada suku keempat 2024 meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan berbanding suku ketiga, dengan menokok RMB11.51 trilion (RM7 trilion), rekod tertinggi bagi tempoh satu suku tahunan.

Pada Disember 2024, import dan eksport bulanan China melonjak ke paras RMB4 trilion (RM2.46) buat kali pertama dengan kadar pertumbuhan meningkat kepada 6.8 peratus.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan