DUNIA > BERITA

9 Cedera Dalam Pelanggaran 43 Kenderaan Di Korea Selatan

14/01/2025 04:34 PM

SEOUL, 14 Jan (Bernama-Xinhua) -- Sembilan orang cedera pada Selasa dalam nahas jalan raya membabitkan 43 kenderaan di barat Korea Selatan, lapor Xinhua.

Menurut agensi berita Yonhap, pelanggaran berangkai itu berlaku kira-kira 5.50 pagi waktu tempatan (2050 GMT Isnin) di sebuah lebuh raya berhampiran Goyang, di barat ibu kota Seoul.

Sembilan pemandu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital berhampiran.

Polis dan bomba mengawal serta membersihkan jalan di lokasi kemalangan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer.

Nahas dipercayai berpunca akibat lapisan ais hitam, iaitu lapisan ais nipis di jalan raya akibat salji cair.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan