RIYADH, 21 Feb (Bernama-CMG) -- Forum Media Arab Saudi 2025 dan Pameran Masa Depan Media (FOMEX) diadakan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi dari 19 hingga 21 Feb.
Forum media terbesar di Asia Barat bertemakan "Media in an Evolving World " itu diikuti ramai penggubal dasar, sarjana, pakar, dan tenaga profesional inovatif dari seluruh dunia.
Pada masa sama, FOMEX menarik penyertaan lebih 250 syarikat dan badan media dari seluruh dunia untuk mempamerkan hasil inovasi sains dan teknologi terkini mereka.
Atas jemputan Pentadbiran Penyiaran Saudi (SBA) selaku penganjur, Kumpulan Media China (CMG) telah membina gerai pameran khas, memfokuskan visi strategik “5G+4K/8K+AI” dan praktis integrasi “fikiran+seni+teknologi”. Ia secara khusus mempamerkan hasil inovasi sains dan teknologi terkininya mengenai penggunaan AI dalam media serta penyiaran berdefinisi ultra-tinggi 8K.
Pegawai-pegawai dari Kesatuan Penyiaran Negara-negara Arab (ASBU) dan SBA, kerabat diraja Arab Saudi, dan pegawai kerajaan Arab Saudi telah mengunjung gerai pameran CMG.
Mereka memuji pencapaian terkini CMG dan menzahirkan harapan untuk memperkukuh kerjasama media antara Arab Saudi dan China ke tahap baharu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial