BEIJING, 23 Mei (Bernama-Xinhua) -- China dan negara ASEAN telah memuktamadkan rundingan bagi Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0 (CAFTA 3.0), sekali gus menyampaikan isyarat jelas sokongan terhadap perdagangan bebas dan kerjasama terbuka, menurut jurucakap Kementerian Luar China pada Jumaat, lapor Xinhua.
“Ini sememangnya berita baik,” kata jurucakap Mao Ning dalam sidang media berkala sebagai maklum balas kepada soalan berkaitan, sambil menambah bahawa ia juga menandakan langkah penting ke arah pemeteraian protokol penambahbaikan CAFTA 3.0.
Beliau berkata China dan ASEAN kekal sebagai penyokong teguh globalisasi ekonomi dan multilateralisme, serta menyatakan bahawa CAFTA 3.0 akan membantu China dan ASEAN “terus memperluas keterbukaan bersama dan mencapai kemakmuran serta pembangunan secara bersama.”
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial