DUNIA > BERITA

Umat Islam Di Singapura Sambut Aidiladha Pada 7 Jun - Mufti

27/05/2025 09:01 PM

SINGAPURA, 27 Mei (Bernama) -- Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun ini, Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan pada Selasa.

Beliau berkata berdasarkan kiraan falak, anak bulan tidak kelihatan di atas ufuk Singapura selepas matahari terbenam pada petang Selasa.

Sehubungan itu, 28 Mei adalah hari ke-30 dan terakhir bagi bulan Zulkaedah.

“Oleh itu, bulan Zulhijah 1446H akan bermula pada Khamis (29 Mei). Ini bermakna Hari Raya Aidiladha akan jatuh pada 7 Jun,” katanya dalam kenyataan.

Nazirudin turut mengajak umat Islam memanfaatkan kesempatan dalam hari-hari mulia bulan suci ini untuk memperbanyak ibadah dan berdoa demi keselamatan jemaah haji serta semua yang tertindas, khususnya di Gaza, Palestin.

“Selamat menyambut kedatangan bulan Zulhijah dan Aidiladha kepada semua umat Islam di Singapura,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan