DUNIA > BERITA

Kedutaan Malaysia Anjur Sambutan Aidiladha Untuk Rakyat Malaysia Di Bangkok

08/06/2025 02:52 PM

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 8 Jun (Bernama) -- Kedutaan Malaysia di Thailand menganjurkan majlis sambutan Aidiladha pada Sabtu bagi rakyat Malaysia di perantauan dan para tetamu tempatan.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata Aidiladha bukan sahaja menekankan nilai-nilai pengorbanan, ketaatan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia, tetapi juga mencerminkan komitmen kedutaan dalam memperjuangkan kepentingan Malaysia di luar negara.

Majlis itu turut menyambut kehadiran delegasi dari Maktab Tentera Diraja (RMC) yang terdiri daripada 32 kadet Putera dan lima pegawai.

Delegasi diketuai oleh Komandan RMC, Brigedier Jeneral  Shaiful Azuar Ariffin, dan berada di Bangkok untuk program pertukaran pelajar selama seminggu bersama Sekolah Persediaan Akademi Angkatan Tentera Thailand (AFAPS).

Bong berkata lawatan itu memberikan peluang istimewa kepada para kadet RMC untuk merasai suasana sambutan Aidiladha di perantauan.

“Majlis ini bukan sahaja merupakan himpunan keagamaan, tetapi juga menjadi kesempatan bermakna untuk mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia di Thailand,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan