DUNIA > BERITA

Iraq Minta AS Halang Pesawat Israel Guna Ruang Udaranya Untuk Serang Iran

15/06/2025 05:34 PM

ISTANBUL, 15 Jun (Bernama-Anadolu) -- Iraq pada Sabtu meminta Amerika Syarikat (AS) menghalang pesawat Israel daripada menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

“Baghdad telah meminta Amerika Syarikat memainkan peranannya untuk menghalang pesawat Israel daripada melanggar ruang udara Iraq, selaras dengan Perjanjian Kerangka Strategik,” lapor Agensi Berita Iraq memetik sumber kerajaan.

Sumber itu menekankan pentingnya menghormati kedaulatan Iraq dan keutuhan ruang udaranya, sambil menambah bahawa “AS, selaku negara yang mengetuai pakatan antarabangsa menentang Daesh, bertanggungjawab memastikan tiada pelanggaran yang boleh menjejaskan kedaulatan Iraq atau membahayakan keselamatannya.”

Israel melancarkan beberapa siri serangan terhadap wilayah Iran pada awal pagi Jumaat, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu, serta mengorbankan beberapa pegawai kanan tentera dan saintisnya.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan