DUNIA > BERITA

Pezeshkian Seru Perpaduan Nasional Di Tengah-Tengah Pencerobohan Luar

16/06/2025 09:37 PM

TEHRAN, 16 Jun (Bernama-IRNA) -- Presiden Iran Masoud Pezeshkian, menyeru rakyat Iran agar bersatu padu dan teguh menghadapi pencerobohan asing, sambil menegaskan komitmen negara itu terhadap keamanan dan ketahanan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

“Kita bukan penceroboh. Hari ini, lebih daripada sebelumnya, kita perlukan perpaduan dan solidariti. Seluruh rakyat Iran mesti berganding bahu dan teguh menentang pencerobohan,” katanya dalam sesi Parlimen pada Isnin.

Pezeshkian sekali lagi menegaskan yang Iran tidak berniat untuk memperoleh senjata nuklear, walaupun sering dituduh oleh pihak lawan.

“Usaha kita untuk tenaga nuklear secara aman dan penyelidikan saintifik adalah hak sah yang tidak boleh dinafikan. Tiada pihak yang mempunyai asas undang-undang untuk merampas hak ini daripada Iran.

“Iran tidak pernah mencetuskan peperangan atau memulakan sebarang konflik. Kita tidak mengejar kuasa atau dominasi, sebaliknya persaudaraan dan solidariti dengan semua negara Islam,” katanya.

Dalam satu mesej berasingan, Pezeshkian berkata, “Kita tidak pernah dan tidak akan pernah - menjadi pihak yang memulakan serangan. Tetapi kita akan berdiri teguh, berganding bahu, menentang penjenayah kejam ini.”

Beliau turut memberi jaminan kepada rakyat yang kerajaan sedang melakukan segala yang termampu untuk mengekalkan kestabilan dan melindungi kehidupan harian rakyat di tengah-tengah krisis yang sedang berlaku.

-- BERNAMA-IRNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan